Teknik penyusuan anak



ni nak cerita sikit pengalaman penyusuan
*pengalaman mommy tak semestinya sama dengan ibu2 lain ye*

alhamdulillah, berkat konsisten pam waktu pagi sebelum jam 10am
waktu pam antara 5-10minit ye ibu2, biasanya ketika nuha tidur selepas menyusu. Mommy memulakan sesi mngepam pada hari ke- 18 pantang.

catatan harian:-
1-4hari pertama : 3oz
5-7hari: 4 oz
minggu kedua: 5oz
minggu ketiga: 6oz
minggu keempat: 7oz

jadi, ibu2 jangan kalut atau meroyan tak tentu pasal masa awal2 pam dapat 1-2oz je. atau yang EPmom tu, keluar beberapa titis je. apa yang ibu2 harus faham ialah konsep utama penyusuan SUPPLY VS DEMAND.

Apa dia SUPPLY VS DEMAND ni?
bahasa mudahnya ialah lagi kerap baby menyusu, lagi banyak susu ibu dihasilkan kerana hormon prolaktin (susu) semakin aktif. Jadual mengepam pun mesti konsisten bagi ibu yang bekerja.

Bagaimana pun ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi penghasilan susu juga contohnya:-

1. badan ibu akan mengambil masa untuk adapt dengan pam atau baby, masa bergantung kepada setiap ibu2. yela kan, badan ibu bkn robot yang boleh diauto set seperti mahu 10oz, terus keluar 10 oz.. maaf tiada ibu robot yang menghasilkan susus ye..

2. ibu menjaga pengambilan makanan seimbang dan minum air sekurang2nya 3liter sehari. makanan dan minuman yang secukupnya akan memastikan ibu2 tidak letih dan dehydrated jika kerap mengepam dan menyusu. lambakan *milk booster* dipasaran belum tentu menjamin susu ibu terus banyak bila pam ye.. ingat tu! suka mommy nak share, *milk booster* kebanyakkannya adalah makanan tambahan kepada ibu. bermaksud jika Ibu2 kurang makan makanan seimbang dan kurang minum air, makanya *milk booster* pun tidak akan berkesan. jika berkesan pun, hanya sementara. (dan bukan mommy nak racun pemikiran ibu2 supaya jangan beli milk booster ye, mommy ni pun memang amalkan supplemen sejak anak first lagi, bukan ambil semasa anak2 menyusu je tapi sepanjang masa untuk kesihatan mommy) badan ibu sihat, ibu tidak stress untuk menyusu atau mengepam ye.

3. ibu sentiasa tenang, tidak stress semasa menyusu. sebab2 diatas boleh menjadikan ibu stress tau...

4. ibu2 perlu memastikan penggunaan suction level pam yang serasi dengan ibu. ini memang penting sebab suction level yang terlalu kuat akan menyebabkan ib7 rasa sakit dan stress walaupun baru je pam 3 minit. lagi la susah susu nak keluar sebab otak ibu fokuskan rasa sakit lebih daripada nak hasilkan susu. suction level yang terlalu perlahan juga tak boleh kerana badan sukar atau lambat mengaktifkan hormon prolaktin.

Selamat menyusu!

sekian, pendapat 20sen mommy anak dua.... lagi beberapa hari mommy nak start keje dah. jika ibu2 seperti saya sila comment #sayasokongpenyusuansusuibu.






0 comments:

Post a Comment