Tips bagaimana nak buat anak kecil duduk di baby seat dalam kereta dengan keadaan tenang

Tips bagaimana nak buat anak kecil duduk di baby seat dalam kereta dengan keadaan tenang merupakan cara nak menguruskan baby kecil. almaklum la neesa ni seorang mama yang bekerja dan memandangkan neesa sentiasa membawa si kecil kemana mana neesa pergi. kerja sebagai seorang penyelia pusat jagaan, sebagai seorang fasilitator dan juga seorang penceramah. malah saya juga seorang shaklee independence distributor area shah alam memang masa sentiasa di atas jalan raya.

Tips yang pertama ialah memastikan bayi kita atau anak kita dalam keadaan kenyang terutama yang breast feeding kan, pastikan baby dalam keadaan kenyang. anak yang besar boleh pastikan sudah breakfast atau makan terlebih dahulu. so apabila dah kenyang anak atau bayi kita akan rasa selesa dan  mudah untuk tidur.


tips yang kedua ialah pilihan dan penggunaan  baby seat juga faktor penting dalam keselesaan dan keselamatan anak kita. maka kita as a parents kena la pastikan seat yang kita hendak beli itu selesa dan sesuai tak kedudukan ketika anak berada dalam baby seat tersebut. Sebab ada baby seat yang ada dua posisi iaitu posisi duduk atau posisi untuk baring. Bergantung keadaan bayi atau anak kecil. ikut kesesuaian dan keadaan. 

Tips yang ketiga ialah didik anak anak dengan doa perjalanan. Ialah walaupun bayi atau anak kecil didikan dan amalan yang baik perlu ditunjukkan dan kita sebagai mama as a good role model. Memulakan sesuatu dengan berdoa kepada Maha Pencipta. kita galakkan anak anak dengan amalan kerohaniaan. 

Tips keempat ialah mendengar tangisan anak. So nak jadi mama ni kenalah kita mengetahui jenis jenis tangisan anak. lagi satu tips keibubapaan kan ha untuk first time nak letak anak dalam baby seat . sekiranya  pastikan cuba dalam kurang setengah jam atau lima belas minit perjalanan menggunakan baby seat. ini untuk membiasakan anak dengan keadaan baru. so tangisan itu adalah biasa sebab anak kecil atau bayi tidak biasa dalam keadaan baru sebab bagi anak kecil ini mereka rasa tidak selamat. kenalah bagi dorongan dan galakan seperti nyanyian atau zikir. Lagi satu bila nangis, biarkan sahaja sebab bila kita angkat dia ketika dalam kereta, maka anak kecil akan ingat bahawa ok bila dia nangis pasti mak ayah akan angkat. itu sebab saya cadangkan cuba dalam perjalanan yang dekat dekat atau jangka masa 15 minit. buat rutin ini setiap hari umtuk membiasakan anak kecil atau bayi kita. 

tips terakhir ialah kalau ada muzik yang bayi atau anak kecil suka kan. contohnya baby shark ke baby song ke atau zikir zikir yang menenangkan juga boleh dipasang. sesiap yang ada small tv dalam kereta bagus la itu kelebihan. kalau neesa terpaksa la guna phone la kan.. bluetooth music dan pasang  untuk lebih jelas. 

ini yang neesa praktikkan untuk anak kecil neesa. so apa salahnya kan korang yang ada anak kecil juga try tips yang neesa buat.

semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua ibubapa di luar sana. 

neesa halim
tips parenting
#tipshandleanak
#tipsbabyseat 




0 comments:

Post a Comment