HFMD kejadian TRAUMA untuk TASKA

HFMD adalah topik paling HOT kalau di taska orang kata SERIAU la kalau taska suspect tiga kanak kanak HFMD TASKA akan ditutup selama sepuluh hari bekerja...



definisi HFMD?

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

yes HFMD adalah salah satu senarai penyakit berjangkit

Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan :

* cecair hidung
* air liur
* lepuh (blister)
* najis kanak-kanak yang dijangkiti
* sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD






dia macam campak tapi hanya akan ada di kawasan dalam mulut, kaki (ada juga bahagian alat sulit) dan juga tangan.


Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


* Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. 

* Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. 

* Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

*  Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. 

* Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.


point terakhir 
-----------------


*Pencegahan*


💝Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. 


💝Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.


💝Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.


💝Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.


💝Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.


💝Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.


💝Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.


💝Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda HFMD.


produk yang sesuai ialah : 

1. herbal blend 
2. basic H
3. meal shake 
4. vita C 
5. nutriferon


0 comments:

Post a Comment