Bila kita lihat sesuatu terutama penjagaan anak anak sangat diambil berat kerana ia memerlukan tanggungjawab yang penuh cabaran dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi.
Bermula anak mengenal dan menjengah di muka dunia baru. Mereka menangis kerana menerima tanggungjawab sebagai seorang insan di dunia ini.
Maka apa yang perlu dilakukan ialah sebagai seorang ibu dan bapa amat lah penting kita sebagai ibu bapa mengetahui perkembangan dan pertumbuhan. Dua aspek ini berbeza tau. Perkembangan itu amat penting yang tidak dapat di lihat tetapi dapat di buat pemerhatian maka kita akan dapat lihat perkembangan anak tersebut.
Kenapa doktor kena pastikan semua bayi menangis setelah mereka keluar dari perut ibu? Untuk mereka mengetahui bahawa tiada yang tersumbat dalam rongga pernafasan. Ada sebab semua kita perlu ketahui dan belajar.
Terutama ketika bayi, tak semua terus berjalan kan. Mereka bermula dengan mengiring ke kanan atau ke kiri. Maka buatlah aktiviti bermain dengan kerincing ke, panggil nama ke untuk melihat respon anak tersebut. Sebab ini untuk melihat deria anak dari segi penglihatan dan pendengaran. Anak bermula dengan meniarap sendiri. Jangan paksa anak tapi beri mereka galakan dan dorongan. Setelah meniarap, mereka menyusur dan terus merangkak. Ada pula yang mamapah dan berjalan. Mereka mencuba dan terus mencuba untuk memberi keyakinan pada diri sendiri. Begitu juga apabila anak anak diberikan galakan dan pujian, mereka amatlah penting berasa diri mereka diberi galakan dan dorongan oleh orang tersayang.
Begitu juga anak anak walau mereka hanyalah membuat sesuatu itu bagi kita orang dewasa hanyalah kecil sahaja tetapi bagi anak kecil ini itulah sesuatu usaha yang sangat besar.
Memang perlu kan kesabaran yang tinggi. Bukan beri mereka gadget dan teknologi. Boleh beri tapi cukuplah setengah jam sehari. Buat aktiviti bersama sama anak anak dengan benda maujud benda realiti supaya mereka lebih terokai, melakukan eksperimen dengan bahan yang diterokai untuk mereka merasai pengalaman tersebut. Konsep 3E (explore, experiment dan experience).
Maka bawalah mereka ke tempat tempat yang lebih baik seperti Farm In the City, kilang roti, kilang coklat, aquaria dan sebagainya. Snorkeling, hiking dan sebagainya. Sambil kita mendidik kerohaniaan dan cinta pada Maha Pencipta Tuhan. So galakan anak anak terlibat dalam aktiviti aktiviti di TASKA atau rumah pengasuh. Biar mereka bina keyakinan bersama kawan kawan untuk melontar idea, suara dan imaginasi. Supaya kita dapat melahirkan insan saintis, engineer, cikgu, peguam, pencinta alam dan sebagainya.
perlu kesabaran sebab kita perlu berulang ulang maklum pada anak anak. Perlu sentiasa menunjukkan yang terbaik sehingga mereka capai milestone setiap peringkat umur.
So teruskan perjuangan mendidik anak dengan penuh kesabaran supaya kita dapat lahirkan generasi cemerlang budi bahasa dan bijaksana dalam mentadbir. Amin amin.
Nanti neesa akan share lagi tentang isu ibubapa.
Neesa halim
0133638180
0 comments:
Post a Comment