Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel.




Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Kebaikan COQ10


1)Membantu Merawat Kegagalan Jantung

Kegagalan jantung sering disebabkan oleh keadaan jantung yang lain, seperti penyakit arteri koronari atau tekanan darah tinggi.
Keadaan ini boleh membawa kepada peningkatan kerosakan oksidatif dan keradangan pembuluh darah dan arteri .
Kegagalan jantung berlaku apabila masalah ini memberi kesan kepada jantung sehingga tidak dapat contraction, rileks atau mengepam darah melalui tubuh.
Lebih memburukkan lagi keadaan, beberapa rawatan untuk kegagalan jantung mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini, seperti tekanan darah rendah, sementara yang lain dapat mengurangkan tahap CoQ10.
Terdapat kajian dimana, 420 orang yang mempunyai masalah kegagalan jantung, diberikan rawatan dengan CoQ10 selama dua tahun mengurangkan gejala mereka dan mengurangkan risiko mereka mati akibat masalah jantung.






2.) Membantu Masalah Kesuburan

Kesuburan wanita akan semakin berkurangan kerana faktor usia disebabkan penurunan bilangan dan kualiti telur yang ada.
CoQ10 terlibat secara langsung dalam proses ini. Seperti yang anda maklum, semakin meningkat usia, pengeluaran CoQ10 dalam tubuh menjadi lambat, menjadikan tubuh kurang berkesan untuk melindungi telur daripada kerosakan oksidatif.
Begitu juga, sperma lelaki mudah terdedah kepada kesan kerosakan oksidatif, yang boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, kualiti sperma yang rendah dan ketidaksuburan berlaku.
Beberapa kajian yang dilakukan mendapati, bahawa pegambilan supplemen dengan CoQ10 dapat meningkatkan kualiti, aktiviti dan tumpuan sperma dengan meningkatkan perlindungan antioksidan.



0 comments:

Post a Comment