Stress atau tertekan pada zaman sekarang bukanlah unik untuk seorang dewasa alami stress. malah, kanak-kanak turut hadapi stress dan terdapat pelbagai kategori stress yang mereka alami. Sebagai ibu bapa yang sering mempunyai tanggapan yang tinggi pada anak-anak untuk membentuk kejayaan di sekolah dari segi akademikmahupun bukan akademik.
Secara mudahnya memang tiada jalan mudah untuk mengatasi atau mengurangkan atau menyingkirkan stress. Seolah olah merupakan secara tidak langsung ke arah negatif. Kunci utama ialah diberikan secara sokongan secara telus dan terus kepada anak-anak untuk menyokong mereka apabila mereka memerlukan. Dan kita sebagai orang dewasa perlu menggalakkan anak-anak untuk menyelesaikan dengan cara mereka. apabila anak-anak meluaskan sfera atau jajahan bersosial, dia akan lebih berhubung dengan ramai orang lain dan mereka juga terdedah kepada beberapa situasi yang akan menyebabkan anak-anak lebih stress.
Adakah kita tahu bagaimana anak kita menguruskan atau menghadapi stress secara positif mahupun negatif. Posititf stress membolehkan anak anak lebih bermotivasi untuk hadapi stress dan begitu lah sebaliknya. Ingat lah bahawa anak kita setiap anak kita akan menguruskan stress secara berbeza. Setiap anak mungkin akan merasa seronok untuk naik roller coaster tetapi mungkin ada anak kita untuk menolak atau takut untuk naik roller coaster.
CARA KITA SEBAGAI ORANG DEWASA DALAM MEMBANTU ANAK ANAK UNTUK MENGHADAPI ATAU MENGURUSKAN STRESS MENGGALAKKAN ANAK MENGGUNAKAN KATA-KATA POSITIFini membolehkan atau memudahkan anak-anak kerana kita juga sering berfikir dan sentiasa memikirkan perkara yang buruk tentang diri sendiri. maka kita sebagai orang dewasa (ibubapa mahupun penjaga atau pendidik) mendidik dan mengajar mereka serta menggalakkan mereka untuk sentiasa berfikiran positif. Selain itu, kanak-kanak juga boleh terpengaruh mahupun meniru orang dewasa maka kita perlu sentiasa menjaga tutur kata dan tindakan kita apabila berada di hadapan mereka.
Ayat negatif : Bodohnya saya mana la letak kunci kereta ini. Apabila kita bertutur negatif maka jangan la terkejut anak-anak pun bersikap negatif. MENDIDIK ANAK-ANAK BAGAIMANA MEREKA MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA SATU PERSATU Berikan peluan pada mereka apabila mereka stress atau tertekan ketika mereka hendak menyelesaikan masalah mereka ketika mereka melakukan aktiviti.Bimbing mereka dengan mendidik mereka menyelesaikan masalah satu persatu dari yang mudah sehingga ke sukar. Maka mereka akan pelajari dalam mengatasi segala kesukaran mahupun ketakutan dalam meningkatkan kebolehan mereka untuk mulakan dan menyelesaikan masalah mereka. FOKUS KEPADA PROSES DAN USAHA MEREKA (ANAK-ANAK) BUKAN KEPADA HASIL Ibu bapa mahupun pendidik perlu ingat bahawa kita bukanlah semua adalah PERFECT. Ketakutan dan kerisauan merupakan salah satu perasaan yang mereka akan alami. Maka kita sebagai orang dewasa perlu lebih menyokong dan sentiasa mengingatkan bahawa setiap orang melakukan kesilapan. maka dengan ini galakkan anak anak supaya mengaku kesilapan dan menggalakan anak anak untuk lebih membaiki kesilapan merekaa.
GALAKAN ANAK-ANAK UNTUK MENGGALAKKAN ANAK-ANAK CHILL AND RELAAX (TIME OUT)
Sering melihat anak-anak apabila mereka kelihatan stress maka ini adalah mas untuk mereka rehat seketika daripada rutin harian mereka. Cari aktiviti yang boleh membuatkan mereka happy dan seronok untuk berehat.
DIIDK MEREKA BAGAIMANA UNTUK BERTENANG DAN FOKUS.
Bantu anak-anak mencari pusat kekuatan dan menggalakkan anak untuk bertenang seperti mendengar musik, pergi berjoging, berjalan-jalan, bersiar-siar, yoga atau segala aktivtii yang positif. Cuba elakkan bergantung kepada gadget elektronik dalam menjadikan alat yang memberikan ketenangan pada anak-anak.
Cara yang terbaik untuk meningkatkan fungsi sel otak anak-anak. Ini adalah cadangan neesa kepada semua ibubapa. Neesa halim 0133638180
0 comments:
Post a Comment