7 TIPS BERPANTANG TANPA MEROYAN


Apa yang topik paling penting iaitu  7 tips berpantang tanpa meroyan.

1- APA ITU BERPANTANG?
2- TUJUAN BERPANTANG
3- AMALAN BERPANTANG
5- PANTANG LARANG KETIKA BERPANTANG
 4- MAKANAN KETIKA BERPANTANG
6- TERM TERM BERPANTANG
 7- SUPLIMEN BERPANTANG


✅Bagi wanita yang baru bersalin, mereka ni dilarang melakukan beberapa perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaiatu selama 44 hari(yang biasa orang buat)
✅Sesuatu yang dilarangdilakukan mengukit adat dan kepercayaan
So kalau sesiap yang pilih tak nak berpantang, try la dulu dan tengok sendiri apa yang jadi.
✅Tempoh berpantang ni juga adalah satu proses proses pemulihan dan emosi si ibu.
 WAJIB untuk setiap ibu yangbaru melahirkan anak.


 ***KENAPA PERLU BREPANTANG***


Dari zaman dulu lagi mak mak, nenek moyang kita memang titikberatkan soal pantang ni. Kalau kita ingat dan perasan zaman mak kita dulu, bila nak bersalin, nenek la yang paling sibuk. Sibuk sediakan segala persediaan nak berpantang, dari bertungku, jamu, baru, pilis, tukang urut dan lain-lain. Kan?


TUJUAN BERPANTANG?

 - Pentingnya pantang adalah untuk jaga badan. Badan kita ni orang pempuan nak pakai lama. Bila dah bersalin mula la ada yang tak kena kat situ, kat sini, segala nya nak jaga terperinci. lagi lagi palk kalau dapat suami yang jenis komplain banyak. Sian betul kan.

- Dapat mengembalikan kecergasan diri. Yang ni boleh tengok lepas habis pantang. Still lemau atau cergas macam anak dara😄😄😄😄

- Selain tu juga nak bagi masa badan kita ni rehat. Dah la mengandung 9 bulan pastu bersalin pulak, Ya Allah sakitnye tak dapat nak diceritakan. Betoi tak?

- Waktu bersalin kita dah kehilangan banyak sangat darah.So dalam tempoh berpantang ni lah nak kena jaga dan pastikan luka bersalin sembuh dengan baik .Waktu pantang lah waktu nak jadi permaisuri tau. So rugi kalo tak gunakan kesempatan yang ada ni. Waktu ni kita dilayan macam Raja ok. Raja sehari pun tak dapat layanan first class macam ni..😆😆😆😆

 - Memberikan nutrien berkhasiat balik pada badan. Yang ni melalui pemakanan.

 - Memberikan ruang kepada ibu dan bayi untuk cipta hubungan . Faham kan. ??Mkasudnya mak dengan anak dapat belai dan jga serta bagi tumpuan sepnuhnya pada anak.


 Memberikan ketengan emosi kerana sebagai ibu yang baru melahirkan, kita ni tak boleh nak banyak fikir sangat. Tak perlu nak fikir nak basuh baju, kemas rumah, nak masak bagai tau.Tak  syok ker gini? Hihihiiii😘😘😘😘

- Yang ni penting iaitu ELAK MEROYAN atau nama lain POST NATAL BLUES.Jangan amik remeh tau. Boleh terjadi sebab perubahan hormon.SO kena jaga emosi


***AMALAN BERPANTANG***


Ada banyak amalan amalan tradisi dari nenek moyang kita ketika berpantang.Saya nak listkan yang paling famous dan wajib buat aje. Bukan kata yang lain tak penting. Tengok juga lah adat keluarga masing masing kan. Keturunan jawa lain, keturunan india macam lain, cina lain. Melayu pun lain.


1- Amalan berpantang ni tujuan nak pelihara kesihatan kewanitaan kita. Tapi lebih kepada penyembuhan rahim yang merupakan pendorong hidup kita ni sebgai wanita. Yang ni lah yang dikatakan kecantikan wanita itu adalah DARI DALAMAN ....😗😗😗😗 .

Amalan pertama adalah MANDI MANDIAN

MANDIAN HERBA. MAndian herba ni kalau orang dulu dulu diorang cari akar kayu, rempah ratus dan direbus semuanya. Macam saya berpantang dengan mak , mak akan sediakan daun serai wangi, daun mengkudu, daun bika, Daun belimbing. Semua ni direbus . Kemudian pada waktu pagi selepas berurut akan dibuat mandian.Lagi bagus dapat bertangas sekali air rebusan ni. Bagus tau untuk penjagaan dalaman dan luka bersalin.


Selain tu juga dapat mengembalikan tenaga. Waktu mandi tu sapukan sedikit sedikit air rebusan mandi pada muka. Urutatn dari dagu ke ats,. Ddapat naikkan seri muka.Hihii..ni petua


Angin angin dalam badan jga dapat dikeluarkan . Disamping tu kalau kita mandi dengan daun dan akar rebusan kayu ni dapat buang bau badan (darah nifas) tau. Tak delah bila orang datang ziarah kita akan bau hanyir darah je. Sebab lain juga dititikberatkan mandi herba ni boleh merawat urat urat yang sengal. Bersalin oit...Berapa ribu urat putus.. Bukan senang nak pulihkan balik kalo tak berpantang betul betul. Sesiapa yang dah ada tempah perkhidmatan MAK BIDAN, tak perlu risau sebab dia akan sediakan dari A-z.


Macam saya masuk anak ketiga ni sama je mandian herba ni mak buat. Alhamdulillah badan memang terasa segar je.Korang kena take time juga waktu mandi tu tau. JAngan asal mandi je. Maksud saya kuantiti air sedikit je. Kang lama lama kembang urat pulak. Dap dap kan daun daun kayu pada badan . Macam buat lulur badan tu .In sya Allah feel dia lain macam tau.


Bertungku juga dipercayai boleh mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin. Nurse yang datang melawat kita kat rumah akan cek perut kan? Ada tak dia kata "tak jatuh lagi ni. Masih tinggi.Kena bertungku lagi yer" Haaa...ada tak? Dan kalau yang rajin bertungku dia kan kata ;wah, cantik ni dah turun. Cepat betul ." kan kan? Dengan kata lain yang cepat trurun tau tak turun tu dipanggil "batu meriyan" . Rahim kita la tu.



BERTUNGKU-

Amalan bertungku ni sesuai untuk ibu ibu yang bersalin NORMAL . ASAS dalam budaya  masyarakat MElayu. Amalan bertungku ni dilakukan sebelum berbengkung. SEBAB ?Tentulah nak kecutkan rahim kan. Dalam tempoh 44 hari darah nifas dan lendir akan mengalir . So rahim kita tak akan bersih sepenuhnya . Jadi dengan bertungku ni kita nak pastikan segala darah kotor dan toksin dapat dikeluarkan dari badan. Kalau amalan bertungku ni dibuat dengan konsisten korang akan dapat kembalikan berat badan sebelum mengandung tau. Sebab ianya jugak dapat pecahkan lemak.



Berapa kali pulak nak bertungku. ?

Kebiasaannya pada wal pagi , tengahri dan malam (senja). Yang ni paling minima. Kalau ikot adat orang tua dulu dulu lagi banyak ooooo...Boleh terbakor selimut sebab tungku diselimuti geborrr..kikikiiiBanyak tidur dari bertungku maksudnye tu..😆😆😆😆



Berapa lama nak bertungku? Lagi lama lagi bagus . Tapi biasanya dalam setengah jam hingga satu jam. Teknik bertungku kena betul jugak. Minta mak, nenek atau bidan ajarkan ok. Kakcun tak dapat nak ajar.😂😂😂😂



Antara kesan ye kalau rahim xkecut?

Mcm benda bergerak2 kt bwh perut

Badan x sihat sgt

Rasa x cergas

Susu pun lmbt keluar



BERURUT-

 Berurut ni pun penting tau. Jangan kata tak penting. Pantang 44 hari je pun , berurut ni biasanyanya orang buat 3 hari je dalam tempoh berpantang. Dari segi fizikal urut ni dapat meningkatkan pengaliran darah dan bagi oksigen dapat salur keseluruh badan . Ni la punca jadi sakit sakit badan , lenguh la, sengal, pening, atau pun sakit bahagian


Apabila berurut badan akan jadi lebih segar sebab darah dapat mengalir dengan lancar dalam badan. Sekaligus dapat kurangkan rasa tekanan  dan elakkan lesu. Berurut juga dapat keluarkan darah yang terperangkap dan bertakung., menaikkan rahim, membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya , memecahkan lemak, mengetat dan membentuk tubuh dan juga mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak. (push banyak kali kan?)😫😫😫



Yang menarik dan FAKTA NI BETUL SANGAT TAU. Apabila berurut dibahagian payudara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.



BERBENGKUNG -


 Pentingke? Ofkos sangat penting. Ni untuk yang bersalin normal je ok. Nak pilih bengkung yang macam mana

 Pilih la yang sehingga paras peha. Seeloknye lah. Sebab dapat bantu bentuk semula tubuh badan yang. Selain utk kecantikan , membantu juga untuk sakit belakang yang dialami semasa mengandung. Waktu mengandung kan menegmbang je semua termasuk lah tang perut. So bila bengkung dapat la merampingkan pinggang tu.

🌺Membantu mengecutkan rahim bengkak
🌺 Mengelak masalah perut buncit dan menggeleber
🌺Membantu mengembalikan kedudukan peranakan.
🌺 Mempercepatkan pengeluaran
🌺Mengelakkan badan masuk angin
🌺Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang
🌺Memudahkan pergerakan berpantang . kalo tak bengkung rasa perut bergoyang...
🌺menyokong rahim supaya tidak jatuh dari kedudukan asal.



MAKANAN KETIKA BERPANTANG***

🌻 Buah yang sejuk dan berangain, kesannya boleh dapat pada ibu dan bayi. Nenas, jambu, duku, langsat, nangka, tebu, maggis, sengkuang, isi kelapa, ubi ubi, tembikai, pisang. Pendek kata buahan kena jaga juga.

 ðŸŒ»makanan laut-sebabkan gatal. Kang korang menggaru je

🌻Syur sayur yang sejuk dan berangin. macam labu, timun, kangkung, kubis, pucuk paku, rebung, kacang botol, kacang kelisa

🌻Jangan lah makan yang gatal gatal, sejuk, berangin, berlemak,berminyak sangat. ebihkan makan yang bakar,kukus,ulam ulam , Orang dulu dulu biasa akan masukkan halia dalam masakn untuk ibu berpantang Sebab? Ianya dikatakan panas dan dapt memanaskan badan dan melancarkan darah.

🌻Sup pun sedap hari boleh makan

🌻masak singgang pun terbaik boleh amalkan


***PANTANG LARANG KETIKA BERPANTANG***

 - Jangan tidur tak berbantal nannti sakit kepla, jugak berkemungkinan darah kotor susah keluar.Bila darah susah keluar akan jadi meroyan

 - Jangan duduk mencangkung . Sebab?Takut rahim terkeluar.Dan kemungkinan boleh tumpah darah
Malah dulu berpantang sendiri, dia minta beli kerusi untuk duduk

Sebab? nak jaga kesihatan peranakan. Dan kalau mandi duduk ni kita tak la keluarkan tenaga banyak sangat kan. Air mandian pun kena letak dalam besin.

- Kena pakai stokin. Yang ni untuk jaga kaki supaya tak masuk angin. Sapu kaki dengan minyak panas dulu sebelum berstokin. Dalam pantang ni sensitif . So selama dalam pantang kena la pakai stokin ni.

-Jangan tidur matahari naik. Sebab? Boleh sebabkan badan jadi tambah lesu dan sakit sakit. Juga tak boleh tidur waktu senja . ni biasalah lah. Syaitan kan berkeliaran time ni. Kalau diamalkan tidur time ni akan mengundang kegilaan.

- Jangan terlalu aktif- Untuk pulihkan tenaga yang hilang supaya badan betul betul berehat dan sembuh dengn baik.

 Rapatkan kaki bila tidur. Sebab? diyakini boleh mempercepatkan peranakan
- elakkan bersama suami sepanjang tempoh berpantang. Ehem ehem..



 **TERM TERM DALAMPANTANG**


 Meroyan, Postnatal depression,
 Psikosis puepera-kelakuan aneh sebagai kesanemosi yang dialami selepas beranak. Biasanya menyerang ibu yang pertama kali beranak.
Luka episiotomi- luka bersalin
Bentan- berbalik sakit. Kalo jadi bentan ni ibu kena berpantang semula, bertungku dan berurut

Bentan dgn meroyan paling kerap kan berlaku.



***SUPLIMEN BERPANTANG***

- kenapa bukan jamu? Sebab jamu ni biasanya panas kan. So tak boleh diambil seawal hari bersalin. Takut anak jaundis la,panas la. So biasanya dalam 2 minggu berpantang baru boleh start makan jamu. Sedangkan badan kit  perlu serta merta baik pulih selepas proses kelahiran.Betul tak?

 Vitamin selepas bersalin sama penting untuk bantu ibu bersalin pulih dari kesan fizikal dan fisiologi kehamilan. Satu lagi boleh juga memberi manfaat kepada penyusuan ibu especially untuk baby.

 Bukan takat mak je sihat, baby pun dapat nutrisi yang cukup dan berkhasiat dari susu ibu yang diberikan.


Saya rasa sampai disini sahaja sharing saya. Kalau nak dibincangkan pasal pantang ni memang banyak. Ada part partnye..Kena detail satu persatu.

Tapi rasanya untuk bagi nampak Kenapa Perlu berpantang dan Apa itu berpantang sebenarnya dah nampak kan?


So nak tips berpantang dengan supplement shaklee boleh amalkan
1. Alfalfa
2. B complex
3. Zinc.complex
4. Esp.
5. Vita lea
6. Vita C SR
7. Ostematrix
8. Vivix



Nak order shaklee boleh contact neesa halim
0133638180
Mama elegan.
Elegan.dan.sihat bersama neesa halim

0 comments:

Post a Comment