Ibu menyusu perlu jaga makan untuk kesihatan diri dan bayi

Ramai yang beranggapan apabila sudah melahirkan, keperluan nutrisi sudah tidak menjadi keutamaan. Ternyata ramai yang silap. Keperluan pemakanan ibu menyusu adalah sama dengan ibu hamil, ibu menyusu disyorkan untuk terus makan sama seperti bagaimana mereka makan semasa tempoh kehamilan mereka. Malahan, seorang wanita yang menyusu memerlukan 300 hingga 400 kalori sehari lebih daripada kalori yang diperlukan semasa mengandung, dan adalah penting bahawa kalori ini datang dari makanan yang berkhasiat. Ibu menyusu pada kebiasanya akan kehilangan 1 hingga 4 pounds setiap bulan walaupun tanpa menyekat pengambilan kalori mereka.

Vita-Lea Iron Formula
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.


B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu untuk sentiasa berfikiran positif. Ibu yang kurang stress dan tenang, secara automatik penghasilan susu akan menjadi lebih lancar. Sekiranya si ibu mengambil pil perancang memerlukan pengambilan B complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang akan memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Di samping itu, vitamin B juga dapat menjadikan wajah ibu cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C
Pengambilan vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu. Di samping itu, bagi ibu-ibu yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insya Allah akan cepat sembuh dengan pengambilan vitamin C. Satu lagi kesan pengambilan vitamin C, kulit akan menjadi lebih bersih, cerah & cantik. Vitamin C akan membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


 Alfalfa
Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Alfalfa turut membantu dalam sistem perkumuhan dan membantu membuang angin dalam badan, secara automatik bayi sukar untuk kembung perut.



Energizing Soy Protein (ESP)
Mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu Isoflavone melambatkan penuaan, membantu melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. ESP juga menggandungi protein yang tinggi untuk keperluan bayi anda.



Ostematrix
Ianya sangat penting untuk memastikan kesihatan gigi dan tulang anda. Susu yang anda berikan kepada bayi anda mengandungi kalsium yang tinggi. Jika anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi, kalsium dari tulang anda akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama kelamaan terutamanya ibu yang mempunyai anak ramai, tulang akan menjadi rapuh, gigi rongak, belakang akan membongkok awal dari sepatutnya. Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.

#neesahalim #vitaminibumenyusu #supplement #tsunamibintang #tsunamishaklee #ibumenyusukananak #setibumenyusu #neesa #0133638180




0 comments:

Post a Comment