-----------------------------------------------------------
1. Nampak letih dan tidak bersemangat.
2. Kekurangan selera makan.
3. Tidak aktif seperti kanak2 yang lain
4. Kurang konsentrasi semasa belajar
5. Kadar denyutan jantung yang tinggi
6. Senang susah bernafas terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak
7. Nampak pucat- lebih ketara pada bahagian tapak tangan dan kaki dan juga pada bahagian dalam kelopak mata (conjuctiva).
8. Pembengkakan pada hati dan limpa.
9.Lemah sistem imun badan.
Faktor menghidap Anemia?
---------------------------
(1) Kekurangan zat besi dalam diet adalah peyebab utama anemia. (iron deficiency anemia). Makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti buah-buahan, sayuran hijau, kuning telur dan makanan yang diperkaya dengan zat besi.
(2) Kekurangan asid folik dan Vitamin B12 juga boleh meyebabkan anemia.
(3) Peyakit seperti Thalasemia (samada Thalasemia major/minor atau pembawa) juga boleh meyebabkan anemia dan perlu megetahui sejarah keluarga samada terdapat keluarga lain yang mengidapi Thalasemia ini kerana ia adalah peyakit genetik (keturunan/ baka).
(4) Kekurangan enzim G-6PD juga boleh meyebabkan anemia jika kanak2 tersebut terdedah kepada bahan2 yang boleh meyebabkan sel2 darah merah pecah seperti kacang parang dan sesetengah ubat. Ujian G-6PD ini dilakukan semasa bayi lahir dan akan beritahu kepada ibu bapa jika anak mereka kurang enzim tersebut.
Punca Anemia dikalangan kanak-kanak:
----------------------------------
(1) Bayi dari 0 - 6 bulan :sebab utama adalah bayi pramatang atau bayi yang beratnya rendah (kurang dari 2.5 kg)
(2) Bayi 6 - 12 bulan: pada usia 6 hingga 9 bulan, bayi kerap mengalami anemia kurang zat besi. Ini disebabkan pertukaran pemakanan dari susu kepada makanan pejal. Berikutan itu cara pemakanan yang salah kerap berlaku dan menyebabkan kekurangan zat besi. Pada masa ini juga perkembangan psikomotor berlaku dengan cepat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan masalah perkembangan psikomotor
(3) Kanak-kanak lebih dari satu tahun dan prasekolah - Masalah pemakanan yang boleh menyebabkan kekurangan zat besi adalah, penyusuan susu ibu secara eksklusif dan lambat memberi makanan pejal.
(4) Remaja - Pada waktu ini terdapat kadar pertumbuhan tinggi. Masalah pemakanan dan permulaan haid bagi remaja perempuan adalah punca kekurangan zat besi.
Tips sesuai untuk kanak-kanak anemia?
-------------------------------------
Chew vita c
Omega guard
Meal shake
Vita lea kids
#tsunamibintang #tsunamuturbo #anemianakkanak
0 comments:
Post a Comment