Hidung kanak-kanak berbau dan berdarah

Neesa nak kongsikan tentang bagaimana pengalaman neesa tentang hidung kanak-kanak barbau dan berdarah. Pengalaman neesa ni adalah kerana anak sendiri hidung berdarah dan hidung berbau pada masa yang sama. Tahun lepas neesa hamil dan pelik dengan keadaan hidung aliya berbau. Pada suatu masa tu dia akan berdarah tiba tiba.

Tapi neesa pergi DEMC. Jumpa doktor biasa. Doktor itu lakukan pemeriksaan hanya tekan tekan sekeliling hidung aliya namun doktor tersebut hanya beritahu bahawa hidung aliya permukaan nipis. Serba salah mama sebab mama dulu suka sangat buang tahi hidung aliya.. sebab selsema dan keras..mama cuba keluarkan gunakan jari mama. Mama sedih.

Maka seminggu masih tak.kurang juga. Bermula ke klinik kesihatan di seksyen 7 shah alam. Perkara yang sama doktor di sana beritahu. Seminggu tak hilang juga lepas makan antibiotik doktor suruh jumpa pakar. Macam sama je hasil keputusannya . Masih juga hidung berbau dan.berdarah.

Hampir setahun lebih hidung aliya berbau dan berdarah.

Minggu lepas neesa google... ada parents yang story anak mereka mempunyai masalah yang sama. Maka bermulanla episod neesa suruh suami pergi juga ke klinik ENT di bandar seremban.

Doktor tersebut dengan peralatan. Beliau pakar hidung.

Akhirnya doktor mengatakan ada benda asing di dalam hidung aliya. Ya allah rasa macam sedih betul dengar. Tak kisah la doktor kata... ada makluman dua kes.... satu cara nak buat memang anak akan meronta ronta dan ibubapa terpaksa pegang anak. Cara kedua ialah biuskan untuk pengsan supaya anak tak sedar untuk keluarkan benda asing tersebut.

Doktor pun cuba nak buang tapi tak berjaya terpaksa bagi surat untuk referal pihak hospital.

So dah bincang pergilah hospital shah alam. Pagi pagi lepas sarapan bertolak ke hospital shah alam jumpa pakar ENT di sana. Jadi pergilah doktor kata dia tak nampak apa apa.. tapi pelik sebab kenapa hidung aliya berbau... so dah tengah hari x ray. So x ray tak nampak apa apa pun. Akhirnya jumpa pakar ENT balik so dia terpaksa masukkan camera kecil. Memang ada something tapi bewarna kuning dipermukaan rongga hidung aliya. Nak kata tak meronta dan menangis si aliya tu tipulah...

Tapi terpaksa tahankan jer.

Akhirnya nasib baik pakar bius boleh stay untuk.aliya pada waktu malam.

Dalam kul 9 aliya berada di Operation Theater... staff sangat baik melayan aliya. Alhamdulillah.


Perjalanan sampai.9.30 aliya dah sedar.

Alhamdulillah doktor berjaya keluarkan benda asing tersebut dalam hidung.


Total kos di hospital shah alam : rm1800.00 tetapi ada subsidi hanya bayar rm13.00 sahaja. Servis tip top dan pakar hebat.

So kalau anak.hidung berbau dan.berdarah terus sahaja refer pakar kanak kanak.

Kalau awal lebih baik.




















Ini adalah benda asing yang telah dikekuarkan


I've sent you a location: Klinik Pakar ENT Ch'ng
Drive there using Waze: https://waze.to/lr/hw22rx8mbk

Download Waze, a free traffic & navigation app: http://bit.ly/GetWaze

0 comments:

Post a Comment